Thursday, January 23, 2014

Comichat Kini Berdaftar

Selepas ComiChat ditubuhkan sebagai sebuah organisasi, kami terdiri daripada 20 orang menteri yang mempunyai latar belakang berbeza. Ketika mesyuarat selepas bengkel 'Reviu ComiCont.', kami merancang mahu mendaftarkan ComiChat sebagai sebuah syarikat dengan pemilikan oleh tiga orang yang pernah mengendalikan perjumpaan ComiChat pada tahun 2013 iaitu Ahmad Syahmi Bin
Mohamad, Raihani Binti Ramli dan Nur Iman.

Namun, ada dalam kalangan mereka menolak hal tersebut dan akhirnya pemilikan diberikan kepada Ahmad Syahmi Bin Mohamad, Irfan Bin Ramli dan Muhammad Zamir Bin Mohyedin atas persetujuan ramai. Pada asalnya kami mahukan pemilikan diletakkan di atas nama semua menteri pada ketika itu, 20 orang, selepas penolakan cadangan pertama tadi. Namun, ia sangat leceh kerana terlalu ramai dan mengambil masa yang panjang.

Pada 22 Januari 2014, secara rasminya ComiChat menjadi sebuah syarikat rasmi yang sah di sisi undang-undang yang telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Johor Bahru, Johor.

Monday, January 20, 2014

Bengkel Review Comicont

Setelah Comichat ditubuhkan sebagai sebuah organisasi, peraduan ComiCont. merupakan peraduan pertama yang kami anjurkan secara online. Alhamdulillah, ia memang mendapat sambutan ramai sehingga kami perlu sekat pada tahap yang sepatutnya ia disekat.

ComiCont. merupakan peraduan 'komik bersambung', di mana sebuah komik dihasilkan oleh setiap peserta. Setiap halaman dilukis oleh setiap peserta yang berbeza-beza. Peserta menentukan sendiri idea dan jalan cerita pada halaman yang dipilih, asalkan tidak lari dari jalan cerita pada halaman sebelumnya.

Setelah ComiCont. tamat sehingga halaman 100 muka surat. Sebuah bengkel 'Reviu ComiCont.' telah dianjurkan oleh kami sendiri untuk memberikan pencerahan tentang ComiCont. sama ada dari segi lukisan dan penceritaan. Pada masa yang sama, kami juga telah menjemput beberapa orang artis untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menghasilkan komik serta pemasarannya.

Setelah selesai bengkel, kami bermesyuarat untuk mendaftarkan ComiChat menjadi sebuah syarikat/organisasi yang sah.



Ucapan dari Presiden Comichat, Ahmad Syahmi Mohamad


Cenderahati buat Tuan Reja

Cenderahati buat Irfan Foner

Cenderahati buat Lavendra


Ini adalah gambar kenangan pada peristiwa tersebut.

Lokasi : Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya.
Tarikh : 18 Januari 2014