Thursday, April 17, 2014

Apa itu Komik Islamik?

Setiap kali pasti ada orang bertanya kami bagaimana untuk menghasilkan komik Islamik. Jawapan kami menjadi persoalan. Apakah itu komik Islamik? Adakah komik yang hanya berwatakkan gadis bertudung labuh, lelaki berkopiah dan berjubah, sambil membicarakan mengenai hukum-hukum Islam, menjadikan manusia-manusia lain sebagai contoh orang yang dihukum, menjadikan perli dan sarkastik sebagai budaya, atas alasan mahu beri orang TERASA?

Secara peribadi, pada kami, itu bukannya komik yang betul-betul Islamik.

Tiada pun istilah komik Islamik sebenarnya.

Hanya ada komik yang berlandaskan ajaran Islam.

'Komik Islamik' adalah seperti nama branding. Malangnya, Islam bukan agama untuk dijual beli. Kena sentiasa hati-hati apabila menggunakan istilah 'Islamik'.

Kerana takut-takut komik dan karya kita itu tak Islamik pun. Watak pakai tudung labuh, pakai jubah pakai kopiah, tapi akhirnya cerita tentang mereka bercinta, kononnya cinta jannah, cinta sampai syurga.

Komik Islamik (baiklah, nak mudahkan penulisan, kerana 'Komik yang berlandaskan ajaran Islam' terlalu panjang untuk ditulis), sebenarnya sama macam komik-komik yang lain. Ada plot, ada watak, ada cerita, ada impak.

Bezanya? Sangat jelas, komik tersebut dihasilkan mengikut syariah. Tiada aksi-aksi yang menaikkan nafsu syahwat, tiada adegan-adegan yang menggalakkan pada kemungkaran, tiada adegan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama lain dan lain-lain lagi.

Dengan kata lain, itu perkara asas dalam penghasilan lukisan komik Islamik. Sebagai tambahan, pendapat kami Komik Islamik perlu menekankan satu perkara yang lain.

Apakah?

Komik seharusnya memberi inspirasi. Komik seharusnya mengajak orang untuk buat baik, dan tinggalkan apa-apa perbuatan yang jahat. Komik sifatnya mendidik, membimbing dan memberi motivasi. Komik seharusnya memberi impak pada kehidupan satu-satu manusia, sehingga menjadi masyarakat, sehingga menjadi satu ketamadunan. Ya, komik seharusnya begitu.

Sekiranya komik tersebut tidak mempunyai impak yang begini?

Rugi, sangat rugi.

Seperti beli buah-buahan di pasar, tapi hampir expired.

Boleh makan, tapi sudah kurang zat. Malah hampir basi pula itu.

Manga-manga popular seperti One Piece, Naruto, Slam Dunk, Dragon Ball dan lain-lain semuanya sudahpun menerapkan ciri-ciri inspirasi tersebut, sejak berdekad-dekad yang lalu.

Komik Malaysia bila lagi?

Monday, April 14, 2014

Promosi 2nd Batch T-Shirt !


Second Batch T-shirt Comichat sudah keluar!

Warna : Maroon
Harga : RM 36 (termasuk Postage)

Terdapat size S, M,L dan XL

Tambah RM 4, anda akan mendapat Sticker dan Button Badge dari kami!

Dapatkannya sementara stok masih ada!

Friday, April 11, 2014

Laman Web Comichat Berwajah Baru !

Alhamdulillah.. Comichat kini dengan rekabentuk yang baru !
Kini dengan identiti & warna tema Comichat baru, seperti yang anda lihat kini.. ^^

Rekabentuk Asal
|
|
|
v

KINI...
Rekabentuk Baru

Friday, April 4, 2014

Hasil Servis Terkini

Komik


Graphic Design

Muslim Superman untuk T-Shirt.