Perjumpaan Comichat [1 Mei 2014]

Dihantar oleh Comichat pada Friday, May 02, 2014 dengan Tiada komen

Tanggal 1 Mei 2014 (Khamis), beberapa orang menteri Comichat dikumpulkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak untuk sesi coaching Melukis Komik dan Ilustrasi sesama kami serta mesyuarat bulanan yang dijalankan di HS Cafe (pelajar UIA pasti tahu ini).

Untuk pengetahuan kalian, menteri-menteri Comichat terdiri daripada pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai negeri dan kolej/universiti.

Sesiapa yang ingin tahu siapakah mereka-mereka di sebalik tabir yang menggerakkan Comichat, ha...... Dalam video ini mendedahkan rupa-rupa mereka! (walaupun ada yang malu-malu dengan cover muka mereka. Hehe!)

Sedikit perkongsian daripada kami. :D



Sesi pertemuan menteri-menteri Comichat bagi membincangkan secara serius perancangan projek & gerak kerja organisasi Comichat supaya terus membangun dalam memajukan industri komik, ilustrasi & animasi tanah air.

- Khamis, 1 Mei 2014
- 10 pagi - 6.30 petang
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Categories:

Suka entri ini?